Pages

About

Terma & Syarat :

1. Semua urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

2. Pelanggan diberi tempoh 3 hari untuk membuat bayaran daripada tarikh tempahan dibuat.

3. Kami akan menghantar notis peringatan kepada pelanggan melalui e-mail atau khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari ketiga/terakhir tempoh pembayaran selepas tempahan dibuat. Jika bayaran tidak diterima selepas tempoh yang ditetapkan, produk akan dikeluarkan dari senarai tempahan dan akan dijual semula di Busana Aidan.

4. Harga yang dipaparkan dalam laman ini adalah tidak termasuk kos penghantaran.

5. Nombor akaun akan diberikan kepada pelanggan apabila pelanggan telah memilih cara pembayaran yang ingin digunakan.

6. Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak kami dalam masa 24 jam. Sila lihat SPAM/Bulk/Junk folder dalam e-mel anda kerana sesetengah penapis e-mail menghalang sesetengah mesej e-mel terutamanya jika mesej e-mel dihantar dari alamat e-mel percuma.

7. Barang yang dibeli dari Busana Aidan akan dibungkus dengan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, pihak Busana Aidan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan semasa penghantaran.

8. Warna produk yang dijual di Busana Aidan mungkin mempunyai sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan warna sebenar produk. Ini kerana faktor resolusi monitor dan kamera yang digunakan mempengaruhi paparan dalam skrin.

Cara Pembayaran :

Pemindahan wang ke akaun bank (CIMB, Maybank & HSBC). Kami mengutamakan pemindahan wang melalui bank CIMB dan Maybank.

Penghantaran :

1. Kami menghantar barang yang telah dibeli menggunakan perkhidmatan PosLaju atau Skynet ke semua destinasi di Malaysia.

2. Untuk penghantaran ke luar negara, sila hubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lanjut.

3. Caj penghantaran yang dikenakan adalah bergantung kepada lokasi dan berat bungkusan yang dihantar.

4. Secara amnya, barangan yang beratnya tidak melebihi 500 gram (1-3 helai tudung) akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM6 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi Sabah & Sarawak.

5. Barang yang dibeli hanya akan diposkan kepada pelanggan setelah bayaran penuh dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah ditetapkan.

6. Pelanggan akan menerima barang yang diposkan dalam tempoh 1-3 hari bekerja(Semenanjung Malaysia) dan 3-4 hari bekerja (Sabah & Sarawak) dari tarikh barang diposkan.

Pemulangan Semula Barang :

1. Kami amat mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menawarkan produk yang berkualiti dengan servis perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Namun jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli kerana terdapat kerosakan atau kecacatan sila pulangkan produk tersebut dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan dengan syarat ia mestilah dalam keadaan baru, belum digunakan dan tidak dibasuh.

2. Namun begitu, ingin kami tegaskan sebelum penghantaran dibuat kepada para pelanggan, kami telah membuat pemeriksaan kualiti secara terperinci terlebih dahulu untuk mengelakan sebarang penipuan dari pihak pelanggan.

3. Kami hanya akan melayan kes-kes kerosakan dan kecacatan produk jika pelanggan mengemukakan bukti kukuh bahawa kerosakan atau kecacatan tersebut datang dari kesilapan kami.

4. Barang yang rosak akan diganti dengan yang baru atau wang akan dikembalikan kepada pelanggan hanya setelah kami menerima barang yang dipulangkan tersebut.

5. Pemulangan wang adalah untuk harga produk yang dipulangkan sahaja. Wang bagi kos penghantaran tidak akan dipulangkan.

6. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan produk semasa penghantaran semula kepada kami. Pelanggan dinasihatkan menggunakan khidmat kurier yang mempunyai kredibiliti yang baik bagi menjamin keselamatan penghantaran produk serta membungkus produk tersebut sebaiknya bagi mengelakkan kerosakan disebabkan aktiviti pengendalian semasa penghantaran.

Hubungi Kami :

Hp : 013-2191005
Email : nadia136aidan@yahoo.com
Yahoo Messenger : nadia136aidan